Assalamualaikum..
Walaupun Cik Mawar terlewat untuk memperkatakan tentang isu Maharaja Lawak Mega (MLM) yang sudah pun tamat siarannya, namun Cik Mawar nak mengulas sedikit tentang isu-isu yang hangat diperkatakan sebelum ini.
Kalau dilihat secara rasionalnya, seseorang juri tu haruslah berpengetahuan tentang apa itu lawak yang sebenarnya. Kalau diambil kira, juri MLM bukan la berpengalaman dalam bidang lawak ini.. Lagi satu, ada juri yang macam tak profesional.
Pernah dalam satu episod MLM ni, bila ditanya kepada semua juri, siapa peserta yang menjadi pilihan juri, mereka sepatutnya merahsiakan siapa peserta favorite mereka.. Hanya seorang juri sahaja yang betul-betul profesional iaitu Siti Nurhaliza dengan jawapan biarlah rahsia.. Juri-juri yang lagi 2 orang tu (faham-faham la siapa yang dimaksudkan) sepatutnya tidak mendedahkan siapa peserta pilihan mereka.. Nampak sangat buyers di situ..
Lagi satu yang nampak tidak ketidakprofesionalannya itu bila mendedahkan pendapatnya di Facebook sedangkan sepatutnya kalau dah habis cakap dalam pertandingan tu tak perlu la nak mengulas di luar pertandingan. Biar habis atas pentas je.. Nampak sangat tak profesional.. Percubaan untuk provokasi orang semata-mata..
Juri yang tak faham apa itu lawak tu mesti la juri yang "komen pedas-pedas" kepada Adlin Aman Ramli. Kenapa Cik Mawar kata dia tak faham apa itu lawak?? Sebab kalau betul dia tahu dan faham apa itu lawak, dia mesti faham apa yang Adlin Aman Ramli cuba buat semasa minggu Adlin tersingkir. Walaupun Cik Mawar pada mulanya tak faham apa yang Adlin cuba buat tapi setelah mengkaji dari beberapa aspek berkenaan lawak itu sendiri, Cik Mawar nampak Adlin cuba membuat sesuatu trend lawak yang baru di Malaysia tetapi di luar negara ianya dah lama bertapak di sana. Apa yang Adlin cuba buat ini dipanggil Standup Comedy. Juri tu je yang tak faham.. For sure juri tak buat homework.. Sebab tu tak faham apa yang Adlin cuba buat. Adlin agak berani mencuba apa yang pelawak negara lain dah buat lama dah... Respect sama lu Adlin!
Mawar Merah : kalau nak komen pun sila la buat homework dulu..baru tak memalukan diri sendiri..and sebaiknya sila la bersikap profesional..

No comments:
Post a Comment