Monday, 9 January 2012

Datuk Seri Anwar Ibrahim Di Dapati Tidak Bersalah & Dibebaskan

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Kes Liwat II membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikejutkan dengan pengumuman bahawa beliau tidak Bersalah.

Perbicaraan akhir yang sedang bermula sebelum menanti pengumuman keputusan Kes Liwat II membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik. Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful," jelas hakim tersebut.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah dilihat menangis sambil memeluk suami beliau tanda gembira dengan keputusan tersebut.

Sementara itu, hampir kesemua Pemimpin Pakatan termasuklah dari PAS telah tiba di perkarangan Mahkamah bagi mendengar keputusan Kes tersebut.

Antara yang dilihat hadir termasuklah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Mohamad, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), YB. Dr. Nasir Hashim.

Ada diantara mereka yang mengepalai penyokong masing-masing dengan memberi laungan Bebas Anwar dan Reformasi.

Menurut sumber, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah diberi kebenaran untuk masuk ke dalam dewan bagi mendengar keputusan Kes Ketua Umum Pakatan tersebut.

Komen Mawar Merah : Kalau menang, DSAI & penyokongnya kata mahkamah adil. Kalau kalah, DSAI kata mahkamah berat sebelah. Adatlah tu.. Apapun jangan lupa, mahkamah Allah tetap menanti di akhirat nanti.. 

p/s : penyokong PKR, DAP, PAS, taknak komen apa-apa ke? penyokong BN & Umno pun taknak komen jugak ke? meh la komen.. nak tahu gak pandangan korang... feel free to leave your comment.. kalau rasa-rasa bangga nak tinggalkan komen, letak la nama korang ye.. senang nak kenal-kenal.. muahahaha

“Bebas Anwar 901″, Sikap Tutup Mulut Majlis Peguam Dipersoal

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim mempersoalkan sikap berdiam diri Majlis Peguam terhadap rancangan pembangkang mahu mengheret rakyat menjadi pelindung kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menghadapi pertuduhan mahkamah, melalui kempen “Bebas Anwar 901″.
“Kepada Bar Council (Majlis Peguam), mereka perlu ada pendirian. Adakah semua kes yang diheret ke mahkamah seperti kes rogol dan bunuh, tertuduh akan buat perkara seumpamanya (buat perhimpunan sedangkan mahkamah belum membuat keputusan),” katanya  di sini, hari ini.
Kempen “Bebas Anwar 901″ dilihat sebagai satu bentuk provokasi terhadap kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu sebagai tertuduh.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan berhubung kes liwat itu pada 9 Jan ini.
Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan juga meminta pihak berkuasa keselamatan mengambil tindakan tegas untuk menghalang sebarang perhimpunan seumpama itu daripada berlaku.
“Kes ini sudah berlarutan…dia (Anwar) tidak minat untuk mempertahankan diri apabila diberi peluang untuk merayu di kandang tertuduh, kenapa rakyat perlu pertahankan beliau,” katanya.
Razali turut meminta generasi muda supaya tidak melibatkan diri dalam perhimpunan itu kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah baik melainkan hanya membuang masa, tenaga dan wang ringgit.
“Gunakanlah kematangan dan kebijaksanaan untuk menyatakan pendirian. Kita kena tolak usaha-usaha yang merugikan,” katanya.

Sumber : SINI , SINI

Mawar Merah : Takkan Bar Council diam je?? Taknak jawab dah ke? Takkan dah kena guna-guna kot.. Ce citer sikit...

Thursday, 5 January 2012

Lepas UPSI Nak Demo Kat UiTM Pula?

Assalamualaikum...

After kecoh pasal demostrasi kat UPSI, ni nak demo kat UiTM pulak! Dah takde kerja lain dah ke selain nak demo wahai MAHASISWA yang bodoh tak boleh nak diajar dan pandai tak boleh nak diikut.. Kalau dah rasa taknak belajar tu, sila la berhenti belajar dari U then pergi la masuk mana-mana parti politik yang korang nak.. So, korang termansuh la dari AUKU tu.. Itu pun tak boleh fikir ke?? Ramai lagi yang menunggu nak masuk U.. Korang tu kira beruntung la dapat sambung belajar kat U..

Dulu masa takda AUKU, sibuk-sibuk mintak.. Dah ada AUKU, sibuk-sibuk pulak mintak mansuhkan..

Korang tak sedar ke yang bangsa lain (chinese, indian) dok sibuk gelakkan kita orang Melayu ni yang dah mula berpecah-belah?? Ke..korang ni dah dibutakan oleh orang-orang yang mengupah korang untuk buat demo ni?? Sungguh senang kan korang ni, mahasiswa yang kononnya terpelajar terpengaruh dek hasutan orang.. Kalau macam ni la, sampai bila-bila pun anak Melayu takkan maju!


Mawar Merah : baik berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat sesuatu..