Monday, 9 January 2012

Datuk Seri Anwar Ibrahim Di Dapati Tidak Bersalah & Dibebaskan

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Kes Liwat II membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikejutkan dengan pengumuman bahawa beliau tidak Bersalah.

Perbicaraan akhir yang sedang bermula sebelum menanti pengumuman keputusan Kes Liwat II membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik. Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful," jelas hakim tersebut.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah dilihat menangis sambil memeluk suami beliau tanda gembira dengan keputusan tersebut.

Sementara itu, hampir kesemua Pemimpin Pakatan termasuklah dari PAS telah tiba di perkarangan Mahkamah bagi mendengar keputusan Kes tersebut.

Antara yang dilihat hadir termasuklah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Mohamad, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), YB. Dr. Nasir Hashim.

Ada diantara mereka yang mengepalai penyokong masing-masing dengan memberi laungan Bebas Anwar dan Reformasi.

Menurut sumber, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah diberi kebenaran untuk masuk ke dalam dewan bagi mendengar keputusan Kes Ketua Umum Pakatan tersebut.

Komen Mawar Merah : Kalau menang, DSAI & penyokongnya kata mahkamah adil. Kalau kalah, DSAI kata mahkamah berat sebelah. Adatlah tu.. Apapun jangan lupa, mahkamah Allah tetap menanti di akhirat nanti.. 

p/s : penyokong PKR, DAP, PAS, taknak komen apa-apa ke? penyokong BN & Umno pun taknak komen jugak ke? meh la komen.. nak tahu gak pandangan korang... feel free to leave your comment.. kalau rasa-rasa bangga nak tinggalkan komen, letak la nama korang ye.. senang nak kenal-kenal.. muahahaha

1 comment:

Anonymous said...

greetings setajamdurimawar.blogspot.com blogger discovered your blog via yahoo but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have found site which offer to dramatically increase traffic to your website http://traffic-for-your-website.com they claim they managed to get close to 4000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my site. Hope this helps :) They offer best services to increase website traffic at this website http://traffic-for-your-website.com
To your success James