Monday, 19 December 2011

Isu Borang BR1M : Perlu Ke Bantuan Ini Dipolitikkan??

Assalamualaikum...

Tak habis-habis dengan isu mempolitikkan tentang sesuatu perkara.. Sampaikan bantuan rakyat ni pun nak dipolitikkan.. Apa punya pemikiran la penduduk Malaysia zaman serba canggih ni.. KOLOT!!!

Lepas tu ada pulak la pihak-pihak yang tak bertanggungjawab dok mengedar borang-borang palsu.. Korang ni betul la mundur dan berfikiran sempit.. Kata dah maju tapi pemikiran masih lagi sempit.. tu namanya KOLOT!!! kan dah kena! haha..

Tengok sendiri la... kalau ada url blog tu pergi la terjah..

- alah..setakat macam ni Cik Mawar pun boleh buat la..bukannya susah pun nak palsukan borang.. -

- ni sape punya keje la ni?? -




NOTE: 
Boleh download borang 
BR1M di sini: [LINK]
Talian Hotline : 1-800-222-500  /  1-300-88-3010
Untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500
9.00am hingga 5.00pm (Hari Bekerja)
E-mel: belanjawan2012@treasury.gov.my

Mawar Merah : semua pun boleh dapat.tapi bila dipolitikkan macam-macam cerita keluar..yang pro-kerajaan cakap macam ni, pembangkang tuduh macam tu..padahal semua dok berlumba-lumba nak dapat duit..kan korang memang mata duitan..

CUEPACS Bantah,Arah Staf Kerajaan Tidak Tandatangan Borang Opsyen!


Assalamualaikum...
KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.
Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.
“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.
Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.
Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan.
“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.
“Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” kata beliau.
Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’.
Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu.
Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, “(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar.”
“Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya.
Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.
“Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.
Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.
Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau.


Mawar Merah : Hari ni la kan CUEPACS nak jumpa PM.. hopefully tak kena "sumbat" lepas tu buat tak tahu je dengan staff kerajaan yang dah mengadu tu.. hope ada penyelesaian yang terbaik...

Thursday, 8 December 2011

Gaji Kakitangan Awam Naik 7 Hingga 13 Peratus Tahun Depan | Sektor Kakitangan Awam

Salam to all readers...

Untungkan gaji naik tahun depan ni.. Kenaikan gaji dibuat berdasarkan hierarki, bakat dan pengalaman, jawatan dan bidang kepakaran serta prestasi.. Tapi..boleh ke agak-agaknya dibuat berdasarkan prinsip-prinsip tu??


Kalau yang ni macam mana? Sure naik lagi cepat kan... tambah-tambah kalau cantik molek kan.. Haha..



Mawar Merah : pakai kipas dah lapuk.. kan dah ada air-cond kat office, tak cukup lagi?